The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Dulu Saya ITF, Sekarang Amyra Pula Dengan WTF

Amyra Belajar Tae Kwon Do WTF

Minggu ini masuk sebulan sudah Amyra mengikuti kelas seni mempertahankan diri Tae Kwon Do (WTF) di sekolahnya Sekolah Kebangsaaan St. John, Tuaran.

Teringat pula masa saya sekolah dulu, saya mengikuti kelas Tae Kwon Do (ITF). Pada masa itu, saya amat minat pada sukan ini. Pernah juga mengikuti pertandingan ‘sparring’ dan ada juga beroleh pingat kemenangan.

Hajat memiliki tali pinggang hitam tidak kesampaian kerana saya berpindah sekolah. Sekolah baru pula cuma ada WTF. Kalau masuk WTF kena bermula dari awal dan kerana itulah saya berhenti setakat tali pinggang biru sahaja bersama ITF.

Berbalik pada Amyra, dia sangat teruja hendak mengikuti kelas Tae Kwon Do ini. Pada mulanya saya tidak membenarkan. Namun atas pujukan Amyra dan isteri, saya benarkan juga. Banyak aspek saya fikirkan memandangkan dia masih muda.

Latihan Tae Kwon Do diadakan pada setiap hari Sabtu jam 3.00 petang. Saya sering memerhati Amyra bersama rakan-rakannya yang sedang berlatih. Lucu pun ada bila melihat gelagat mereka.

Amyra bersama beberapa orang rakannya yang masih tali pinggang putih diasingkan daripada rakannya yang lama dengan sukan ini. Mereka diajar asas dan teknik yang betul. Tenaga pengajar pula memang terlatih. Jadi, kerisauan mengenai keselamatannya berkurangan.

Gelagat Amyra Semasa Latihan Tae Kwon Do

Amyra Belajar Tae Kwon Do WTF

Amyra Belajar Tae Kwon Do WTF

Amyra Belajar Tae Kwon Do WTF

Amyra Belajar Tae Kwon Do WTF

Amyra Belajar Tae Kwon Do WTF

Amyra Belajar Tae Kwon Do WTF

Carian Yang Berkaitan:

9 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam