The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Milky Way – Projek Malam Tadi Dengan Isteri Tersayang

RAW Processing - Nikon DSLR

Indahnya langit malam tadi. Bintang berkelipan dan cahaya bulan menerangi kegelapan malam. Sebelum ini saya pernah mengambil gambar suasana malam di Perdana Park, Tanjung Aru.

Saya yang sudah masuk dalam kereta bergegas kembali ke rumah mengambil kamera untuk merakam suasana indah langit malam tadi.

Lama sudah saya hendak mempraktikkan mengambil gambar Milky Way. Namun malam tadi barulah berkesempatan kerana langit cerah dan awan turut kelihatan.

Saya menggunakan setting Shutter Priority (30 saat) dengan Wide Lens (Nikkor 10-24mm). Ada banyak gambar yang diambil, cuma beberapa keping sahaja yang menjadi. Saya pelbagaikan setting iso, aperture dan metering.

Nanti saya nak ambil gambar lagi. Teruja dengan kebesaran Allah dengan ciptaanNya. Langit luas di malam hari memberi ketenangan kepada saya.

Gambar  Milkyway

Bacaan lanjut untuk Milky Way – http://improvephotography.com

20 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam