The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Ambil Gambar Dalam Air Dengan Telefon Pintar Samsung S3 Di Tuaran

Fotografi Dalam Air

Tajuk entri ni mungkin agak keterlaluan kerana ia amat mustahil bagi mengambil gambar hidupan marin di dalam air.

Lebih keterlaluan lagi jika saya katakan saya mengambil gambar menggunakan telefon pintar Samsung S3 yang bukan kalis air tanpa bantuan DiCAPac WP-C2 Waterproof Case for Samsung Galaxy Note / Note II / S3.

Baiklah, biar saya berterus terang.

Petang tadi saya temankan isteri menghantar Amyra ke Kelas TaeKwon-Do WTF di sekolahnya. Jadi, saya dan isteri ada masa dua jam untuk acara bebas sementara Amyra habis kelas.

Jadi saya dan isteri pergi minum petang di JC Cafe, Tuaran. JC Cafe adalah cafe pilihan untuk menjamu selera bagi peminat makanan barat. Namun saya dan isteri hanya memesan kentang goreng dan Chicken Popcorn dan minuman Teh Lemon Panas dan Oreo Chocolate Ice Blended. Kami sukakan JC Cafe kerana cafe ini bersih, ada penyaman udara dan yang paling penting ada WiFi percuma.

Sementara menunggu pesanan sampai, saya tertarik dengan akuarium yang ada di cafe tersebut. Ianya akuarium air masin dan ada berbagai-bagai jenis ikan di dalamnya. Sudah pasti saya hanya mengenali Nemo sahaja. Ikan lain, saya tak tahu namanya.

Memandangkan jalan-jalan tak bawa kamera kompak mahupun DSLR, kamera telefon jadilah. Agak lama juga masa diambil menangkap gambar ikan terutamanyanya ikan berbelang-belang (tak tahu namanya) kerana amat laju pergerakannya berenang. Ikan-ikan lain, kebanyakkanya memberikan kerjasama.

Fotografi Dalam Air

Fotografi Dalam Air

Fotografi Dalam Air

Fotografi Dalam Air

Fotografi Dalam Air

Fotografi Dalam Air

Fotografi Dalam Air

Fotografi Dalam Air

14 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam