The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Airbnb Bantu Pengusaha Homestay Promosi Di Peringkat Antarabangsa

AirBnb1

Airbnb mungkin ramai yang sudah tahu mengenai kewujudannya. Namun bagi yang belum tahu, saya ingin berkongsi sedikit ini yang mana mungkin boleh membantu anda, terutamanya kepada pengusaha homestay tidak kira di mana sahaja anda berada.

Airbnb merupakan platform bagi pengusaha homestay mengiklankan homestay masing-masing sehingga ke peringkat antarabangsa. Fungsi asasnya adalah sama seperti ibilik dan beberapa web lain iaitu iklan untuk mencari pelanggan.

Apa itu Airbnb?

Airbnb ialah pasaran komuniti untuk tetamu menempah ruang daripada hos, menghubungkan orang ramai yang mempunyai ruang untuk diinap dengan mereka yang mencari tempat penginapan. Melalui pengalaman di Airbnb, tetamu dan hos dapat membina hubungan sebenar dengan orang sebenar di seluruh dunia.

Kami mencipta khas sistem pembayaran yang selamat untuk memastikan wang dikutip sepenuhnya dan selamat. Setelah tempahan selesai, tetamu dan hos boleh mengulas satu sama lain untuk membina reputasi dalam komuniti.

Lawat Pusat Bantuan kami yang komprehensif untuk maklumat mengenai menjadi hos, mengembara, dan akaun anda: ms.airbnb.com/help

Disebabkan pasaran kita mencecah peringkat antarabangsa, sila bersedia untuk melayan karenah bakal pelanggan yang datang dari pelbagai negara terutamanya isu bahasa dan matawang.

Saya sendiri ada mendaftar di airbnb dan cuba mengiklankan homestay pelanggan saya. Pada asalnya sekadar untuk suka-suka dan mencuba sahaja. Tetapi rezeki berpihak kepada kami, kami dapat dua tempahan pelanggan dari China.

Booking Dari Airbnb

Untuk mendaftar, anda kena sediakan semua info yang diminta. Borang untuk mengiklan juga mudah difahami dan diisi. Anda boleh gunakan akaun Facebook dan Google+ untuk mendaftar.

Cuma anda perlu tahu, polisi yang diamalkan oleh Airbnb. Mereka adalah ‘orang tengah’ antara kita dan pelanggan. Setelah pelanggan membuat tempahan dan kita terima tempahan tersebut, pelanggan akan membayar jumlah sewaan homestay kepada Airbnb.

Airbnb akan membayar kita sebagai pengusaha homestay setelah pelanggan daftar masuk sehari ke homestay kita dengan jumlah yang sudah ditolak cas perkhidmatan Airbnb.

Airbnb Fee

Setelah pembayaran dikeluarkan, ia akan mengambil sedikit masa untuk masuk ke akaun pengusaha homestay, bergantung pada pemproses bayaran. Purata masa memproses setiap kaedah pembayaran;

  • ACH / Deposit langsung: hingga 3 hari bekerja
  • Pindahan bank atau kawat antarabangsa: 3-7 hari bekerja
  • PayPal: Dalam masa beberapa jam
  • Western Union: 1 hari bekerja (Waktu Pasifik AS)
  • Cek melalui pos: sehingga 15 hari bekerja
  • Kad Debit Prabayar Payoneer: Dalam masa beberapa jam – 1 hari bekerja

Kebanyakan bank tidak memproses transaksi pada hujung minggu atau hari cuti. Oleh itu, pembayaran yang dikeluarkan antara Jumaat dan Ahad mungkin hanya akan diproses pada hari Isnin, dan pembayaran anda mungkin hanya dapat dilihat di dalam akaun anda pada hari Rabu. Pemproses juga mungkin akan menghadapi masalah teknikal atau keadaan luar biasa lain yang boleh melambatkan pembayaran anda.

Mereka hendak menjaga kepentingan pelanggan dan kita sebagai pengusaha homestay. Terutamanya bila ada berlaku pembatalan tempahan, ‘refund’ dan sebagainya .

Sebagai pelanggan, mereka perlu membayar tempahan yang dibuat setelah pengusaha homestay menerima tempahan yang dibuat. Bayaran akan dikemukan kepada pihak Airbnb.

Jika hos (pengusaha homestay) menerima permohonan tempahan anda, kami akan mengecaj kaedah bayaran anda untuk jumlah keseluruhan pada masa itu juga. Bagaimanapun, bayaran untuk tempahan jangka panjang diambil setiap bulan.

Tidak kira tempahan akan bermula dalam masa dua hari atau dua bulan lagi, kami akan menahan bayaran sehingga 24 jam selepas mendaftar masuk sebelum memberikannya kepada hos. Sistem bayaran ini memberikan kedua-dua pihak cukup masa untuk memastikan segala-galanya seperti yang dijangkakan. – sumber

Bagi saya ianya tidak membebankan semua pihak. Jika tidak bersetuju dengan terma yang dikenakan, jangan iklankan homestay anda di Airbnb.

Setiap tempahan,pertanyaan dari pelanggan kena dijawab dalam kadar yang segera kerana ada tempoh (timer) yang ditetapkan oleh pihak Airbnb. Ianya mempengaruhi reputasi anda.

Kelebihan Airbnb yang saya suka adalah;

  • Ada kalendar tempahan.
  • Semua transaksi akan diemel dan disms.
  • Mudah difahami dan jelas segala transaksi.

Anda boleh cuba sendiri Airbnb di sini

4 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam