The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Penerbangan Ke Laos Hadiah Pemenang “AirAsia I AM HERE! Photo Contest”

HADIAH UTAMA KE LAOS – Kongsikan saat melancong anda dengan cara yang kreatif bagi memenangi pertandingan foto ini. Ambil gambar dengan bersama salah satu daripada  placard pertandingan seperti di bawah semasa melancong ke mana-mana destinasi penerbangan AirAsia atau AirAsia  X.

Hadiah Pertandingan Untuk Bulan Julai 2012

Hadiah Utama : Kuala Lumpur ke Vientiane, Laos
(Tiket pergi balik untuk 2 orang + Voucher hotel AirAsiaGo bernilai RM600
+ 5,000 BIG Points)

Hadiah Kedua : Kuala Lumpur ke Semarang, Indonesia
(Tiket pergi balik untuk 2 orang + 3,000 BIG Points)

Hadiah Ketiga: Kuala Lumpur ke  Kuala Terengganu, Malaysia
(Tiket pergi balik untuk 2 orang + 2,000 BIG Points)

Tempoh pertandingan pula adalah 1 Jun sehingga 31 Ogos 2012. Maklumat lanjut dan penyertaan boleh dirujuk di sini.

Sedikit Info Mengenai Vientiane

Pha That Luang, Vientiane

Vientiane  merupakan ibu negara Laos. Menurut epik Laos, Phra Lak Phra Lam, Vientiane diasaskan oleh Putera Thattaradtha. Thattaradtha telah meninggalkan kerajaan Muong Inthapatha Maha Nakhone selepas adindanya merampas takhta daripadanya. Dia mendirikan sebuah bandar di tebing barat Sungai Mekong, iaitu Maha Thani Si Phan Phao, yang menjadi bandar Udon Thani di Thailand hari ini. Pada suatu hari pula, seekor Naga menyuruh Thattaradtha mendirikan satu bandar baru di tebing timur Sungai Mekong. Thattaradtha menamakan bandar ini Chanthabuly Si Sattanakhanahud, yang merupakan bandar Vientiane hari ini.

Namun, kebanyakan sejarawan mempercayai bahawa Vientiane pernah menjadi petempatan Khmer. Pada abad ke-11, apabila orang Lao dan Thai berhijrah dari selatan China ke Indochina, orang Khmer itu dihalau keluar, dibunuh atau diasimilasikan di dalam budaya Lao.

Pada abad ke-14, Vientiane menjadi sebuah bandar penting kerajaan Lan Xang dan dijadikan ibu kotanya pada 1560. Selepas kejatuhan kerajaan Lan Xang pada 1707, Vientiane menjadi sebuah negara kota yang merdeka. Pada 1779 pula, bandar ini pula ditakluki oleh kerajaan Siam.

Perancis mula berkuasa di Indochina dan mengambil alih pemerintahan Vientiane pada 1893 dan menjadikannya pusat pentadbiran Laos pada 1899. – wikipedia

7 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam