The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Tempah Kereta Sewa Di AirAsia Car Rental

Kereta Sewa AirAsia

Pengangkutan semasa bercuti antara satu keperluan yang perlu difikirkan selain penginapan dan destinasi yang hendak ditujui. Pada masa kini terdapat banyak syarikat dan individu yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa.

Sebagai seorang pelancong, sudah pasti kadar sewa kenderaan serta terma dan syarat yang dikenakan perlulah diambil kira juga. Tempahan melalui dalam talian dan cara bayaran yang mudah antara sebab AirAsia Car Rental menjadi pilihan ramai pelancong.

AirAsia Car Rental menyediakan carian dan tempahan bagi perkhidmatan kereta sewa seluruh dunia.

Polisi Asas Tempahan

Pembatalan tempahan adalah percuma dalam tempoh 48jam atau yuran pentadbiran sebanyak MYR86 akan dikenakan jika kurang dari tempoh masa yang ditetapkan.  Pembatalan tidak dibenarkan selepas kereta telah diambil.

Perubahan tempahan juga adalah percuma kecuali mengubah/menaiktaraf kenderaan sewa atau menambah bilangan hari sewaan.

Bantuan kerosakan disediakan. Sekiranya berlaku kerosakan, anda perlu menelefon nombor yang disediakan pihak kereta sewa dan mereka akan menghantar bantuan kepada anda.

Bayaran adalah melalui kad kredit. Tiada cas tambahan yang dikenakan. Anda bayar harga yang anda nampak.

Kereta Sewa Yang Sesuai

Semasa membuat carian kereta sewa, beberapa faktor penting perlu diutamakan. Jadi anda boleh gunakan penapis carian supaya mendapat kenderaan yang sesuai dengan anda.

AirAsia Car Rental

Jika anda rasa harga yang ditawarkan di AirAsia Car Rental ini mahal, anda boleh cuba mencari pilihan lain seperti menempah secara terus kepada syarikat kereta sewa berkenaan dan senarainya anda boleh rujuk pada artikel ini, Senarai Perkhidmatan Kereta Sewa Di Sabah.

Carian Yang Berkaitan:

3 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam