The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Gambar Adik Jual Ikan Tongkol Di Pekan Karakit, Pulau Banggi

ADIK MENJAJA IKAN – Gambar diambil semasa saya berada di Pulau Banggi dua hari lepas. Menjadi pemandangan biasa di sana, ramai kanak-kanak akan menjaja hasil hidupan laut sekitar pulau. Uniknya, kebanyakkan hasil tangkapan adalah daripada pancingan sendiri.

Kalau ikan tongkol di atas tak pasti pula saya, sama ada dipancing atau sebaliknya. Ikan tersebut ditawarkan dengan harga RM7 seekor.

Memandangkan kami bermalam di salah sebuah homestay di Pulau Banggi, saya tidak membeli ikan tongkol itu untuk dibawa balik. Selain itu, makan malam telah diatur dengan lebih awal. Jika tidak, sudah pasti ikan tersebut menjadi santapan kami malam tersebut.

Sebelum balik semalam, saya membeli seekor ikan tenggiri dengan harga RM12/kg. Kalau di Kota Kinabalu, harga boleh mencecah RM18-20/kg. Minggu depan saya akan masuk ke Pulau Banggi lagi, mungkin ikan tongkol pula akan menjadi pilihan nanti.

21 Comments

  1. Pingback: Pulau Banggi Pun Ada Kelebihannya, Ubi Kayu Sebagai Landmark | my.Mustaffa 07/07/2012

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam