Adat Perkahwinan Kaum Bisaya Daerah Beaufort Sabah

Melihat gambar di atas mengingatkan aku zaman melangsungkan perkahwinan. Semuanya sudah berlalu. Hasilnya, aku dikurniakan 2 orang anak yang comel dan seorang lagi bakal lahir ke dunia ini pada bulan 4 tahun hadapan (insyaallah)..

Sebelum itu, aku nak mengucapkan tahniah kepada rakan sekerja aku, Rosdahri dan isterinya Sopiah atas perkahwinan mereka pada 4-6 Disember yang lalu.
Aku berkampung di Kampung Suasa, Daerah Beaufort untuk menyaksikan majlis yang cukup bermakna tersebut. Aku berasa bertuah kerana dapat menyaksikan majlis perkahwinan bangsa Bisaya Beaufort. Keramahan penduduk kampung tersebut menjadikan aku rasa tidak kekok dan seperti berada di kampung halaman di Kota Samarahan, Sarawak.
Ingatkah anda pada Rukun Nikah?
Pengantin LelakiPengantin PerempuanAkad NikahWali2 Orang Saksi

Memenuhi rukun nikah yang ke-3, majlis didahulukan dengan akad nikah pada 4/12/2009. Seperti perkahwinan yang lain dan tiada bezanya.Akad nikah ini dilakukan di rumah pengantin perempuan di Kampung Palai Gadong di Daerah Beaufort juga. Dengan berwalikan bapa kandung pengantin perempuan, Sopiah selamat diijabkabulkan dengan Rosdahri dengan sekali lafaz sahaja. Masa tu, cukup istimewa sekali melihat rakan menjadi ahli kelab yang bernama ‘ Suami’.

Suatu yang istimewa pada perkahwinan ini kerana adat dan budaya lama tidak dilupakan. Sehari sebelum majlis persandingan, acara sembelih kerbau, memasak dan persiapan pelamin/majlis dilakukan.

Seperti gambar di atas, kumpulan anak muda berlatih bermain alat muzik dan aku begitu kagum dengan kehebatan mereka mengalunkan beberapa melodi yang cukup enak didengar telinga. Lagu Selamat Pengantin Baru semestinya tidak ketinggalan untuk didendangakn.

Pada sebelah malamnya, upacara dimulakan dengan solat berjemaah, bertahlil dan berzanji.
Selepas itu, majlis diteruskan dengan Malam Berinai.

Malam berinai ini dimulakan dengan pengantin diberikan mandi pengantin. Aku pada masa ini cuma berada di rumah pengantin lelaki. Badan pengantin digosok denga bahan herba dan beras yang digiling/blender. Tujuannya untuk membuang sel kulit yang mati dan memberi ketenangan dan seri kepada bakal pengantin. Seorang pakcik membaca doa sebelum bakal pengantin dimandikan.

Selepas itu pengantin disandingkan secara solo di rumah masing-masing.
Adat menepung tawar pengantin dilakukan dan selepas itu majlis diteruskan dengan adat berinai.
Sebelum berinai, pengantin digosokkan badannya dengan campuran beras dan herba seperti mandi pengantin. Tetapi teksturnya lebih halus. Seluruh badan disapu dan digosok dan dibiarkan sehingga kering. Selepas itu, adat berinai pun bermula.
Adat berinai ini dilakukan oleh ahli kelurga yang terdekat seperti mak saudara, nenek dan anak saudara perempuan. Tidak ubah seperti berada di SPA.
Cukup meriah masa ini dengan gelak ketawa mereka sambil tangan bekerja, mulut pun turut ketawa mengusik pengantin. Inai di dibiarkan sehingga cukup kuning melekat di tangan dan kaki.

Selepas semuanya selesai, pengantin bolehlah mencuci badannya.
Aku balik ke hotel pada pukul 12.30 mlm. Aku kepenatan hari tu.
Keesokkan harinya, 6/12/2009. Upacara persandingan diadakan. Ada 3 persalinan pakiaan yang perlu dipakai. Antaranya,

Pakaian Set Baju Melayu

Pakaian Tradisional Kaum Bisaya

Pakaian Moden
Setiap pakaian, pihak lelaki menjemput pengantin perempuan di rumahnya dan dibawa balik ke rumah pengantin lelaki.

Sebelum pengantin bersanding mengenakan pakaian tradisional, mereka dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional dan diiringi dengan pukulan muzik tradisional juga.

Majlis diakhiri dengan memotong kek di rumah pengantin lelaki dan pengantin perempuan.
Ni antara shoot yang aku rasa paling aku suka pada majlis tu.

Semoga Berbahagia Ke Akhir Hayat.
No trackbacks yet.
Untungnya Dapat Tengok Gunung Kinabalu Dengan Jelas
about 3 weeks ago - 2 comments
‘iPhone DSLR’ – iPhone 4 + DSLR Lens Mount
about 1 month ago - 8 comments
Setahun Bersama Nikon D60
about 1 month ago - 6 comments
Apa Kaitan Aksam, Milliyet, Radikal, Bugun & Sabah?
about 1 month ago - 2 comments
Tempat Menarik: Nunuk Ragang Heritage Centre Di Ranau
about 1 month ago - 6 comments
Cara Menyelamatkan Gambar Yang Tak Cantik Daripada Di”DELETE” Begitu Sahaja
about 2 months ago - 8 comments
25th Sabah Dragon Boat Race 2010 at Likas Bay, Sabah
about 2 months ago - 1 comment
Tip Fotografi: Cara Menguji Lensa (Lenses) Walaupun Tak Ada Kamera DSLR
about 2 months ago - 6 comments
Cuti Good Friday! Misi Mencari Bubur Ayam TERSEDAP Di Pekan Tuaran.
about 5 months ago - 21 comments
Keputusan Raja Lawak 4 Tak Adil. Betulkah Sudah Dirancang?
about 5 months ago - 52 comments






on
on
on
on 
about 8 months ago
salam. bagus ni. dapat tau mengenai adat di sabah
about 8 months ago
salam kembali.. adat di sabah ni mmg unik dari segi bahasa, pakaian & makanannya.
Sayangnya tak sempat nak ambik gambar mereka menangkap kerbau.. macam koboi..
about 8 months ago
wah complete set review..best baca..tapi aku tak mungkin la ngn org sabah..cukup la akak aku tu ngn org sabah..hahaha
about 8 months ago
jangan kata tak mungkin dengan org sabah.. kalu dah jodoh tak dapat nak elak bro..
husband akak ko dengan org mana?
about 8 months ago
penuh dgn adat…. yg main muzik tu xtahan nya..haha…mesti meriah bunyi….
about 8 months ago
memang meriah bro.. adat dan budaya tak dilupakan..
about 8 months ago
meriah juak adat nikah di sabah. best2. berlainan sekali dengan adat perkahwinan di sarawak.
about 8 months ago
memang juak meriah adat sitok. mmg bestlah dapat diat real depan mata.. Sabah dengan Sarawak mmg unik.
about 8 months ago
wah wah wah! teringin aku nak pg sabah.. cantikla baju adat diorang tu. walaupun dia tu kaum bisaya, diorang masih lagi eh gunakan baju melayu sebagai salah satu set pakaian pengantin. hohohoho..
ermm.. gambar masa muda – muda dulu mana bro? share sket, hehe..
about 8 months ago
pergilah bro.. aku sedia menanti.. hihihi..
baju melayu tu mmg kira pakaian wajib..
p/s: gambar masa muda.. nantilah share… (malu)
about 8 months ago
hoho…bila pro dh mule shoot utk wedding…tembakan yg baik…
about 8 months ago
sekadar mencuba saja bro.. tembakan yang agak menarik.. banyak lagi perlu dipraktikkan teknik fotografi..
banyak kena belajar ni..
about 8 months ago
sungguh meriah perkahwinan itu.. gambar yg cantik.. x dapat pi sabah nengok dalam blog ni pun dah okey hihihi
re = time kasih singgah blog saya
about 8 months ago
tq. memang meriah. sebagai perkongsian sesama blogger. banyak lagi yang hendak dikongsikan. kalau ke sabah.. taklah jakun sangat dengan budaya dan adat mereka.
about 8 months ago
aku nak kawin tahun depan…tapi tak tahu lagi kawin dgn org mana..ai..kalu kena kawin dgn org sana, kena ikut adat diorg ler..huhuhu..
about 8 months ago
kalau kawen tu jgn lupa jemput aku bro!! kalau dah jodoh dengan org sabah.. kau tak dapat nak tolak adat mereka!! kena ikut!! hahaha..
about 8 months ago
meriahnye majlis perkahwinan kat sana.. msti blanje pn besar kan?
about 8 months ago
memang meriah dan belanjanya mmg besar. kerbau menggantikan lembu!
about 8 months ago
adat resam…
adat tradisi…
bagus utk diteruskan….
about 8 months ago
kita sebagai penyambung adat resam dan tradisi budaya mesti meneruskannnnya supaya generasi masa depan kenal asal usul diri…