Encik Mus - Pemilik Blog my.mustaffa.org

 Salam Perkenalan Semua,

Nama saya Mustaffa bin Yasin. Saya menulis blog sejak tahun 2009 bermula dengan wordpress.com dan blogspot.com. Blog my.mustaffa.org merupakan blog berniche pelancongan, fotografi, makanan dan aktiviti semasa terutama di Sabah dan Sarawak.

Menulis blog merupakan aktiviti pada dahulunya suka-suka dan sehingga kini banyak memberi saya pengalaman dalam bersosial dan yang paling penting saya dapat ramai kawan terutamanya para blogger sekalian.

Saya merupakan seorang penjawat awam yang berkhidmat dengan masyarakat luar bandar dan kini bertugas di Sabah. Pekerjaan saya yang sering ke pedalaman, pulau dan gunung di Sabah memberi peluang kepada saya untuk berkongsi cerita kepada para rakan pembaca blog saya.

Selain blogging, saya juga berminat dalam seni fotografi, memandu kenderaan pacuan empat roda dan merupakan collector pakaian terpakai (Keith Haring).

Advertisements