
MURAH TAPI SELESA – Pengunjung yang datang secara berkumpulan dengan bajet yang kecil, penginapan seperti ini adalah pilihan yang terbaik. Seorang ‘backpacker’ biasanya tinggal di tempat yang murah dan menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan berjalan kaki sahaja untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Bagi anda yang melancong dengan jangka masa yang lama, penginapan sebegini ada banyak di Kota Kinabalu. Terserah kepada anda untuk memilih tempat penginapan mana yang anda suka. Namun, ada beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum daftar masuk seperti;
- Keselamatan bilik
- Kesesuaian bilik
- Kelengkapan asas bilik (bilik air, penyaman udara, kipas, tv, WiFi dan sebagainya)
- Tempat makan terdekat
- Kedai 24 jam terdekat
- Stesen teksi/bas terdekat
- Tarikan pelancongan terdekat seperti pasar malam, tamu hujung minggu, pantai, tempat hiburan
- Komen dari pelancong yang lepas (boleh rujuk di Agoda, HotelReview dan sebagainya)
Terdapat lebih kurang 179 buah hotel di Kota Kinabalu dan yang menyediakan bilik dengan harga terendah adalah seperti jadual di bawah.
| Nama Hotel | Alamat | Jenis Bilik / Kadar Terbaik | |
| 1 | Borneo Global Backpackers Hotel | Lot 29, Ground & 1st Floor, Karamunsing Godown, Jalan Karamunsing Kota Kinabalu 88000, Malaysia |
6 Bed Mixed Dorm / RM13 |
| 2 | Step In Lodge Sdn Bhd |
1st-3rd Floor, Lot 1 Block L, Sinsuran
ComplexKota Kinabalu 88000, Malaysia |
6 Bed Mixed Dorm / RM18 |
| 3 | North Borneo Cabin | 1st and 2nd Floor, No.74, Jalan GayaMalaysia | 10 Bed Mixed Dorm / RM20 |
| 4 | Summer Lodge | 2nd, 3rd & 4th Floor, Lot 120 Jalan Gaya Malaysia |
Mix Dorm Common Bath / RM21 |
| 5 | Akinabalu Youth Hostel | 1st, 2nd, 3rd 4th Floor, Lot 133, Jalan Gaya Malaysia |
5 Bed Mixed Dorm / RM22 |
| 6 | Borneo BeacHouse | Jalan Mat Salleh House No.122. Tanjung AruKota Kinabalu 88100, Malaysia |
4 Bed Female Dorm /RM 22 |
| 7 | Tropicana Lodge | Lot9, 1stFloor, Lorong DewanKota Kinabalu 88300, Malaysia |
6 Bed Mixed Dorm / RM22 |
| 8 | Borneo Backpackers Lodge | No 24, Lorong Dewan Kota Kinabalu 88801, Malaysia |
10 Bed Mixed Dorm / RM22 |
| 9 | Borneo Adventure Center & Lodge | No. 1 Jalan Haji Yaccub, Kampung Air Kota Kinabalu ., Malaysia |
3 Bed Female Dorm / RM23 |
| 10 | X-Plorer Backpacker | 1st Floor, No.106/108, Jalan GayaKota Kinabalu 88000, Malaysia |
Single Bed in Mixed Dorm /RM24 |
Bagi senarai hotel di Tenom dan Keningau pula, sila klik link ini.
Kredit Gambar: tripadvisor.com.my
Carian Yang Berkaitan:
- tempat menarik di kota kinabalu
- motel murah sinsuran center kk
- hotel bajet di kota kinabalu
- lodge murah di kk
- hotel rm50 di kota kinabalu
- kinabalu daya hotel bajet kurang RM 200 untuk 4 hari
- Hotel di jalan sinsuran kota kinabalu
- tempat murah beli tile di k k
- penginapan jota kinabalu
- penginapan dorm murah di kota kinabalu

Sy dan suami nak pgi cuti kat sabah julai ni…kmi patut pilih yg mn satu hotel…tolong jawb
nak yang bajet atau yang ada kelas?
ada banyak pilihan..
kalau nak senang pilih yang berdekatan pasar malam seperti di kampung air dan sinsuran..
mudah nak beli makanan/shopping mutiara
Pingback: Kudat Golf & Marina Resort, Sabah | my.Mustaffa
ala aku dah booking tpt lain la pulak…maybe next time blh la kut…
MENU dan entrinya..PORT BERILMU
senarai di atas sesuai untuk backpacker yang betul-betul berjimat,
kalau ada duit lebih pilihlah yang lebih selesa.
Mustaffa Yasin dan entrinya..Beg Kitar Semula Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Selagi di dalam Malaysia tidak bimbang. Terima kasih senaraikan hotel bajet di Sabah.

akubiomed dan entrinya..Jangan ambil bukan hak kita
itu dah pasti.. bahasa bukan penghalang kita..
sama-sama bro..
Mustaffa Yasin dan entrinya..Artikel Kedua Di Berita Harian
tq for info!
sama-sama..
Mustaffa Yasin dan entrinya..Amyra Tidur Awal.. Penat Kot!
Semurah rm13semalam, mesti jadi tumpuan bagpacker luar negara. Kalau kat semenanjung ada hotel murah yg ikut jam tapi jadi tumpuan remaja yg nak buat kerja xsenonoh.
Denaihati dan entrinya..Top 10 Link Referrer dan Rakan Paling Mesra Januari 2012
sudah pasti menjadi tumpuan backpacker ni..
memang betul tu.. di kk pun ada juga hotel sebegini..
seperti menggalakkan aktiviti tidak bermoral..
Mustaffa Yasin dan entrinya..Beg Kitar Semula Bahagian Perkhidmatan Farmasi
wahh osem nya murah harga dia. kacak skali!
GodamOtak dan entrinya..18 petua badan langsing cara Neelofa
kalau murah.. kena tengok juga,, kita selesa tak? kalau tak selesa kena cari yang bagus sikit
Mustaffa Yasin dan entrinya..Cabaran Mengajar Anak Belajar
Entri.ni.terlambat…sebab aku baru je pegi KK khamis.lepas…balik hari plak tu dari KL..terbang rm50 semata mata nak mandi je…kalau entri ni awal skit je bleh aku jimat rm20 untuk amik bilik je…tak lain kali aku kena pi KK lagi info kat entri amat berguna…thnx byk bro
Pesta Irama Jiwa dan entrinya..Kenapa Tak Tulis Blog Pasal Artis?
masih ada peluang lagi ke sabah tu..
Mustaffa Yasin dan entrinya..Susahnya Nak Bergambar